FARAID DAN HARTA SEPENCARIAN

FARAIDH:
Bahagian-bahagian yang telah ditetapkan oleh Hukum Islam bagi ahli waris.
   
ILMU FARAIDH:
Ilmu mengenai cara pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal dunia kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

12.2    BAHAGIAN-BAHAGIAN FARAID WARIS UTAMA

Suami                         ¼ (ada anak),1/2 (tiada anak)            
Isteri                            1/8 (ada anak), ¼ (tiada anak)
Bapa                           1/6
Ibu                               1/6
Anak (P)                      ½ (jika seorang), 2/3 (jika lebih dari seorang)
Anak Lelaki                Asabah (menghabiskan baki harta)

Ringkasan
v  Apabila kita melihat bahagian isteri, sekiranya suaminya meninggal dunia tanpa anak maka bahagian isteri adalah ¼ bahagian,
v  Sekiranya mereka mempunyai anak maka isteri akan mendapat 1/8 bahagian.
v  Sekiranya suami tersebut berkahwin lebih dari seorang maka isteri-isteri tersebut akan berkongsi secara sama rata.

Contoh:

Pada tahun 2000 Ali berkahwin dengan Siti dan dikurniakan 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Ali masih mempunyai ibu dan ayah yang masih hidup. Ali meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada bulan Januari 2013. Ali meninggalkan asset sebanyak RM150,000 sahaja.

Berikut adalah bahagian-bahagian faraid waris-waris:

Waris                                      Bahagian                                          Jumlah wang (RM)
Ibu                                          -           1/6                                                       25,000
Bapa                                      -           1/6                                                       25,000
Anak Lelaki  1                       -           13/60                                                  32,500
Anak Lelaki 2                        -           13/60                                                  32,500
Anak Perempuan                 -           13/120                                                16,250
Isteri                                        -           1/8                                                      18,750

Melihat kepada bahagian faraid di atas dapat kita simpulkan bahawa:

Bahagian isteri agak kecil berbanding waris-waris yang lain. Oleh sebab itu apabila anda sudah mengetahui bahagian isteri yang kecil, maka di sinilah pentingnya perancangan harta dengan menyediakan deklarasi harta sepencarian dapat diberikan kepada isteri agar isteri mendapat bahagian yang lebih.
Bagi isteri yang kematian suami dalam keadaan suami tidak menyediakan deklarasi harta sepencarian, maka isteri patut menuntut bahagian harta sepencarian untuk membolehkan isteri mendapat bahagian yang lebih. Dalam kes di atas keadaannya akan berbeza jika isteri mendapat bahagian harta sepencarian. Kita andaikan isteri mendapat ½ bahagian harta sepencarian.


Berikut adalah bahagian-bahagian faraid waris-waris selepas di tolak bahagian harta sepencarian ½ bahagian:

Waris                                      Bahagian                              Jumlah wang (RM)
Ibu                              -           1/6                                                       12,500
Bapa                           -           1/6                                                       12,500
Anak Lelaki  1           -           13/60                                                  16,250
Anak Lelaki 2            -           13/60                                                  16,250
Anak Perempuan    -           13/120                                                  8,125
Isteri                            -           1/8                                                        9,375   + 75,000

RM75,000 adalah ½ bahagian harta sepencarian dicampur dengan bahagian faraid maka isteri mendapat jumlah RM84,375-00

12.3    KADAR FARAID ISTERI BAGI SUAMI BERPOLIGAMI

Jika suami beroligami, maka bahagian faraid di atas iaitu RM9,375-00 perlu dibahagi dua, tiga atau empat engikut bilangan isteri. Ianya tidak akan mengubah bahagian waris-waris yang lain.


Mana-mana isteri yang merasakan bahawa suami ada membeli asset semasa berkahwin dengannya maka isteri tersebut boleh menuntut harta sepencarian dengan mengemukakan bukti dan saksi-saksi semasa suami memohon untuk berpoligami atau mengesahkan pernikahan jika suami telah bernikah di luar negara.

Comments