From: XXXXXXyahoo.com>To: mizi7171@yahoo.com.mySent: Monday, 10 May 2010 13:48:29
Assalamualaikum..
Tuan, saya nak tanya sikit hal berkaitan tanah ni..saya tinggal di kawasan pokok sena, kedah..
Masalahnya begini, 2 hari lepas ada seorang jurunilai datang ke rumah saya untuk bagitau sebidang tanah lot saya telah digezet oleh kerajaan untuk buat apa tah.
Jadinya, saya taknak jual tanah tu sebab nak buat rumah. Boleh ker kita halang kerajaan dari ambil tanah kita? Diharap penjelasan dari tuan. Sekian, terima kasih.

JAWAPAN :
Walaikum Salam,
Mengikut undang-undang sekiranya kita adalah pemilik berdaftar yang sah atas sesuatu tanah tiada siapa yang boleh menggangu atau mengambil alih hak kita MELAINKAN pihak kerajaan bagi tujuan kegunaan AWAM dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Selain daripada KERAJAAN tiada siapa yang boleh mengganggu hakmilik saudara.
Apa yang dimaksudkan kegunaan AWAM?
Kemudahan awam seperti sekolah, hospital, landasan keretapi, pembinaan jalan raya dan lebuhraya, pendek kata untuk pembangunan dan keperluan masyarakat umum.
Namun begitu pemilik tanah BERHAK MENUNTUT PAMPASAN YANG SETIMPAL daripada pihak kerajaan (Perkara 13(b) Perlembagaan Persekutuan) jika dirasakan jumlah pampasan yang ditawarkan tidak mencukupi dengan mengemukakan lapuran penilaian bagi menyokong jumlah pampasan yang saudara rasakan patut.
Semoga dapat membantu saudara yang bertanya.
Sekian
Ahmad Tarmizi Jusoh
Comments
Post a Comment