IANYA BELUM LAGI HUJAN KETIKA NABI NUH MEMBINA BAHTERANYA


AMANAH SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA

AMANAH bermaksud kepercayaan atau keyakinan yang diletakkan atas bahu seseorang yang melakukan sesuatu perkara kepada anda. Dalam Islam ianya disebut amanah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah orang yang paling amanah sehinggakan beliau digelar 'Al-Amin'. Beliau juga mendapat kepercayaan orang Yahudi untuk menyimpan baju besi mereka kepada Rasulullah saw.

Dari sudut perancangan harta ianya adalah satu 'tool' atau alat perancangan harta yang begitu powerful bagi melicinkan proses perwarisan harta kepada orang yang anda hajati.

Amanah ini mempunyai beberapa kelebihan, secara ringkasnya saya senaraikan dibawah ini:

1. Sebagai perlindungan ketika berlaku ketidakupayaan.

Jika berlaku sesuatu berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anda seperti kurang upaya, lumpuh, cacat  anggota kekal dan sebaginya pemegang amanah akan menguruskan dan membahagikan aset anda mengikut kehendak dan arahan anda.

2. Mengelakkan Permohonan Probet

Apabila seseorang telah memindahmilik hartanya kepada pemegang amanah, ianya bukan lagi asetnya yang perlu diselesaikan melalui proses permohonan suratkuasa atau faraid di Mahkamah. Pemegang Amanah boleh terus memindahkan asetnya kepada benefisiari (penerima hartanya) apabila syarat-syarat amanah itu dipenuhi seperti selepas kematiannya atau selepas warisnya mencecah umur 18 tahun atau apa-apa syarat yang lain yang termaktub didalam Suratikatan Amanah.

3. Perlindungan dari tindakan undang-undang

Aset-aset yang diletakkan sebagai amanah akan dilindungi undang-undang dari tindakan undang-undang dari pemiutang, cukai, rakan kongsi atau ahli keluarga yang tidak berpuas hati. Simple reason adalah ianya bukan lagi milik pemilik asal aset tersebut.

Sesetengah profesional seperti doktor dan peguam, telah menyediakan dokumen amanah sebagai usaha melindungi daripada tindakan mahkamah bagi tuntutan bagi kerugian atau kecuaian yang berlaku. Jika anda seorang pakar bedah telah tersalah bedah yang mengakibatkan kecacatan anggota kekal, jika diambil tindakan undang-undang bernilai jutaan ringgit sudah tentu akan menghabiskan aset anda. Tapi jika anda membuat amanah lebih awal harta tersebut tidak akan diganggu. Ianya dilindungi undang-undang walaupun pada hakikatnya anda masih menikmati harta tersebut. He he..

4. Perancangan Harta dan Perwarisan Keluarga

Amanah dapat memberi manfaat kepada ahli keluarga termasuk generasi masa depan tanpa perlu memindahkan harta terus kepada waris. Ianya juga boleh menyediakan penjagaan jangka masa panjang bagi  anak-anak kurang upaya atau saudara mara yang tidak tahu menguruskan harta. Ianya juga dapat melindungi dari kerugian atau keborosan ahli waris lain yang bersifat pengikis harta.

5. Pengurusan Aset Yang Lebih Baik

Amanah dapat disatukan dibawah satu aset yang berbeza sifatnya dan memudahkan penyimpanan rekod dan memudahkanpentadbiran dan lapuran.

6. Kerahsiaan

Amanah dapat mengekalkan kerahsiaan dari sudut kepemilikan harta dan bagaimana ianya diuruskan. Tidak ada siapa yang tahu jika rumah banglo mewah anda telah dipindahmilik kepada pemegang amanah bagi pihak waris anda atau kereta mewah anda telah menjadi milik orang lain walaupun anda masih menggunakannya. Ada yang menanti "bilalah orang tua ni nak mati...boleh aku dapat hartanya juga..." tapi hakikatnya hartanya telah menjadi milik orang lain.

7. Kos Guaman 

Amanah dapat mengelakkan kos pertikaian di Mahkamah jika ada pihak-pihak yang mencabar peruntukan yang anda buat seperti mewasiatkan harta tidak mengikut hukum syara'..walaupun waris-waris anda akur pada masa anda hidup...tapi selepas mati ada yang protes kerana wasiat yang anda buat tidak adil...

Akhir kata AMANAH adalah satu mekanisma paling sukar dicabar di Mahkamah berbanding instrumen Perancangan Harta yang lain, namun ianya tidak boleh digunakan mengikut hawa nafsu seperti mengabaikan waris-waris yang berhak dan diletakkan atas nama orang lain yang tidak memberi apa-apa sumbangan kepada anda...hanya kerana anda baru kenal dan dia isteri muda yang cantik...yang pandai mengikis harta anda tanpa anda sedari...he he.

Wallahu Alam.
TJ


Comments