PINJAMAN PERIBADI: MANA SATU YANG ISLAMIK

Author: ibnuismail | Posted at: 12:28 PM | |  
Oleh: Aris Hazlan Ismail

Sambungan dari cerita produk bank ini, saya sering ditanya oleh sesetengah orang, “Ustaz, saya tak nampak apa-apa perbezaan antara sistem Islam dan sistem konvensional di bank sekarang. Dua-dua sama. Dua-dua ada interest. Dua-dua jenis pinjam sekian banyak dan bayar pula dengan jumlah yang lebih dari jumlah pinjaman….”
Dalam Islam hanya ada satu jenis pinjaman iaitu Qardhul Hasan. Pinjam 1000, bayar balik 1000. Jika kena bayar balik 1100, maka 100 itu riba’. Masalahnya, mungkin tak ada institusi kewangan yang bersedia untuk menawarkan pinjaman Qardhul Hasan. Tak untung, kata mereka. Maka sistem ekonomi Islam memberi penyelesaian. Ia dibuat atas nama Bai’ul Inah.
Sebanyakan ulama’ berpendapat jual beli Bai’ul Inah adalah haram. Hanya Mazhab As Syafie yang memfatwakan halal. Kalaupun kita bukan bermazhab Syafie, kita boleh menggunakan sistem Baiul Inah ini sebagai satu alternatif kepada pinjaman yang secara terang2ngan melibatkan amalan ribawi.
Konsepnya berasal dari kisah seorang sahabat yang memerlukan wang sebanyak 6000 dinar. Untuk meminjam wang sebanyak itu adalah sangat sukar baginya. Lalu dia membeli seekor unta dengan harga 8000 dinar secara HUTANG yang akan dibayar setiap bulan dengan kadar tertentu. Selepas membelinya, dia menjual kembali unta berkenaan kepada pemilik asalnya dengan harga 6000 dinar secara TUNAI.
Dalam kes ini, walaupun dia sudah rugi sebanyak 2000, namun niatnya yang asal untuk mendapatkan tunai 6000 dinar tercapai. Kes ini, seolah-olah dia berhutang 6000 dan perlu membayar sebanyak 8000. Justeru sebahagian sahabat menolak amalan ini kerana menganggapnya riba yang berselindung disebalik seekor unta. Namun setengah sahabat yang lain pula mengharuskannya kerana telah berlaku akad pertama, lantas ia berhak untuk menjualkannya kepada sesiapa sekalipun, hatta kepada tuan asalnya.
Mazhab As Syafie cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya, namun dengan syarat-syarat yang ketat. Jika tidak memenuhi syaratnya, dibimbangi ia menjadi satu permainan untuk menghalalkan riba.
Antara syarat yang ditetapkan ialah, sebelum berlaku akad pertama tidak boleh wujud perjanjian untuk menjual semula kepada pemilik asal selepas itu. Akad jual yang kedua itu hendaklah dilakukan dengan sukarela dan tidak dengan bersyarat dari awal.
Antaranya lagi ialah, barang yang dijual beli itu hendaklah barang sebenar yang menepati syarat-syarat sah jual beli. Andai kata diakad jual beli burung diudara, maka tidak sah. Atau menjual barang yang tidak sempurna milik (mulku tam), barang yang tidak bermanfaat dan sebagainya.
Persoalannya, dalam konteks amalan Baiul Inah di bank-bank Malaysia hari ini, adakah syarat-syarat ini dipenuhi. Ramai yang belum tahu konsep ini. Hatta sesetengah pegawai bank juga tidak tahu.
Apabila permohonan pinjaman peribadi ‘I’ anda diluluskan, maka anda akan dipanggil ke bank untuk menandatangani perjanjian dan melafazkan akad. Pertama pegawai bank akan akad jual, anda beli. Kemudian anda pula jual, pegawai bank beli. Lalu andapun menurunkan tandatangan. Cuba anda tanya pegawai berkenaan, “Saya nak pinjam duit, bukan nak jual beli macam ni.” Agak-agaknya apa pegawai bank tu akan jawab?
Barangkali dia akan kata, “Ini prosedur yang perlu diikuti…” Bahkan ada juga yang menjawab, “Ini tak ada apa-apa, syarat je ni…” Contoh-contoh jawapan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berurusan dengan bank-bank yang mendakwa mengamalkan kaedah perbankan Islam.
Sepatutnya pegawai berkenaan perlu memberikan kefahaman yang jelas tentang konsep Baiul Inah kepada pelanggan. Perlu dijelaskan kenapa harga bayar lebih dari harga pinjam. Perlu diterangkan secara terperinci. Malangnya ini jarang berlaku. Puncanya? Wallahua’lam. Mungkinkah kerana pegawai bank itu sendiri tidak diberikan kefahaman oleh Majlis Pengawasan Syariah mereka, atau…
Persoalan kedua, barang yang diakadkan itu adakah barang yang memenuhi syarat yang digariskan oleh Mazhab Syafie? Atau dengan lebih kritikal lagi, adakah barang itu wujud dengan sebenarnya, atau hanya di atas kertas sahaja? Sebagai contoh:

1. Suatu ketika dahulu ada sebuah bank yang menjadikan mesin ATM sebagai barang untuk dijual belikan… Memanglah mesin itu bermanfaat dan mahal harganya, tetapi ia tidak realistik. Munasabahkah seorang pelanggan bank hendak membeli mesin ATM. Nak buat apa?

2. Ada bank yang menjual sijil yang tertulis note RM tertentu. Benarkah sijil itu bernilai RMXXX? Kalau anda ambil sijil itu untuk digadaikan di mana-mana institusi gadaian, atau bank lain, adakah mereka menerimanya?

3. Ada juga bank yang menjual mata wang asing, nak nampakkan Islamic maka dijual beli matawang riyal Saudi. Jika ini berlaku, maka ia akan menjadi jual beli mata wang dengan tidak mengikut nilai semasa. Qabadh juga tidak berlaku sedangkan ulama’ mengharuskan jual beli matawang ini hanya dengan cara yadan biyadin (unjuk mengunjuk). Mana wangnya?
Pengalaman penulis sendiri ketika berurusan dengan sebuah bank, pihak bank melafazkan akad jual (ijab), “Adalah dengan ini kami menjual kepada anda wang Saudi Riyal dengan nilai RM30,000 (contoh) dengan kaedah bayarannya secara hutang selama 10 tahun.” Kemudian ia membeli kembali wang riyal Saudi itu dengan harga RM15,000 (contoh) dengan bayaran tunai. Persoalannya jual beli matawang hanya diharuskan di dalam Islam jika ia dijual/dibeli dengan nilai semasa. Mana mungkin, nilai 30,000 tiba-tiba dalam masa satu minit turun kepada 15,000. Ia bukan nilai semasa.

Persoalan ketiga, dalam memikirkan keuntungan yang bakal diraih, pihak bank pastinya meletakkan syarat supaya selepas berlaku akad pertama, ia mesti dituruti dengan akad kedua. Meletakkan syarat begini adalah bercanggah dengan syarat keharusan yang digariskan di dalam mazhab Syafie. (Perlu diingatkan sekali lagi, hanya mazhab Syafie yang mengharuskan Baiul Inah, tetapi perlu mamtuhi syarat-syarat keharusannya). Setelah bank menjual, pembeli diwajibkan menjual kembali kepada bank. Ia bukan lagi pilihan kepadanya.
Ini antara hujah kenapa sebahagian pakar ekonomi Islam, terutama ulama’-ulama’ di negara-negara Arab tidak bersetuju, bahkan mengkritik amalan Baiul Inah di Malaysia. Ia bukan sahaja bercanggah dengan pengharamannya dalam mazhab-mazhab lain, bahkan ia tidak menepati syarat di dalam Mazhab Syafie.
Sesuatu yang perlu dipuji, dalam menghadapi kritikan-kritikan, anggota-anggota majlis pengawasan syariah di bank-bank ini sentiasa kreatif dan cuba mencari jalan penyelesaian. Alhamulillah, kini tiada lagi bank yang buat kerja karut menjual mesin ATM. Namun penambahbaikan ini perlu berlaku berterusan. Kita faham usaha untuk mendaulatkan sistem muamalah Islam ini sentiasa menempuh ranjau dan duri. Setiap halangan yang wujud perlu dirempuh. Bak kata ulama’, jika tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
Kini, satu revolusi dalam amalan Baiul Inah membabitkan pinjaman peribadi sedang mula digerakkan. Bank Islam yang terbesar di dunia, Al Rajhi Bank yang kini sudah mula bertapak di Malaysia memperkenalkan kaedah yang bebas dari unsur-unsur keraguan yang disebutkan di atas.
Dari segi barang jualan, Al Rajhi memilih untuk menjual susu, satu produk yang sememangnya digunakan oleh manusia. Ia dijual kepada pelanggan dengan aqad Bai' Bithaman Ajil (jual dengan harga hadapan). Kedua, Al Rajhi tidak mensyaratkan supaya dijual balik selepas akad jual beli pertama. Jualan balik dilakukan secara pilihan kepada pihak ketiga. Ertinya ada 3 pihak yang melafazkan akad. Namun ia hanya pilihan.
Penulis difahamkan, seorang usahawan di Johor yang memohon untuk mendapatkan pinjaman peribadi dari Al Rajhi enggan menjual balik barang selepas akad yang pertama. Berikutan itu Al Rajhi menghantar satu kontena susu ke rumah beliau. (Kebetulan pelanggan bank berkenaan memiliki sebuah pasar raya, boleh la dia jual susu tu).
Di samping itu, Ar Rajhi juga tidak mengenakan caj-caj tersembunyi seperti yang diamalkan oleh sesetengah bank lain. Ia meletakkan kadar keuntungan maksima 6.99% dan boleh berkurangan dari tahun ke tahun.
Dari segi pemasaran Al Rajhi telah menyediakan satu pelan untuk meringankan beban bayaran bulanan pelanggan menerusi Al Rajhi Friends And Family 3R. Menerusi program ini, pelanggan yang memperkenalkan produk Ar Rajhi kepada orang lain akan diberi ganjaran tertentu. Ini akan menjadikan bayaran bulanannya semakin mengecil mengikut bilangan orang yang diperkenalkan program ini. Sampai di suatu tahap, anda mungkin mendapat pinjaman seolah-olah percuma, apabila jumlah ganjaran, melebihi kadar bayaran balik pinjaman!
Tanpa perlu mendabik dada siapa yang memulakan pelan ini, bukankah baik jika semua bank turut menawarkan perkhiodmatan seperti ini. Bersih dari amalan riba, gharar dan penipuan. Bahkan menguntungkan kedua-dua pihak, bank dan pelanggan.
ibnu-ismail.blogspot

Comments

  1. salam...perkongsian yang menarik dan sangat bergune..rase nak sebarkan..bole tak pihak tuan tukar tulisan artikel ni..sebab susah nak bace..tq...saye sharekan link ni di FB..sekian

    ReplyDelete
  2. Nama saya Lim Junn Hwa, dan saya ingin berkongsi pengalaman saya menerima pinjaman daripada Helen Wilson selepas menghadapi masalah kewangan yang berulang dan ditipu beberapa kali.

    Selama berbulan-bulan, saya bergelut untuk mencari pemberi pinjaman yang boleh dipercayai. Saya telah menjadi mangsa penipuan dalam talian dan skim penipuan yang menghabiskan wang simpanan saya, menyebabkan saya terdesak dan tiada pilihan. Rasanya seperti setiap langkah ke hadapan membawa kepada dua langkah ke belakang, dan saya kehilangan harapan.

    Kemudian saya bertemu dengan Helen Wilson, yang bukan sahaja menawarkan saya pinjaman tetapi juga memberikan sokongan dan pemahaman yang saya sangat perlukan. Sejak awal lagi, Helen seorang yang profesional, telus dan penuh belas kasihan. Dia meluangkan masa untuk memahami situasi saya, dan yang paling penting, dia membantu saya membina semula kedudukan kewangan saya tanpa rasa takut ditipu lagi.

    Terima kasih kepada bantuan Helen, saya dapat membayar hutang saya dan kembali ke landasan yang betul. Komitmennya untuk membantu saya keluar dari situasi yang sukar adalah satu rahmat. Saya benar-benar berterima kasih atas kebaikannya dan peluang yang dia berikan kepada saya untuk mengawal semula hidup saya.

    Jika anda sedang mencari seseorang yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai, saya sangat mengesyorkan Helen Wilson. Dia bukan sahaja menawarkan bantuan kewangan—dia menawarkan peluang kedua.

    Hubungi Helen Wilson melalui e-mel (helenwilson719@gmail.com) jika anda memerlukan pemberi pinjaman yang sah untuk mendapatkan pinjaman.

    Terima kasih, Helen, kerana mempercayai dan membantu saya ketika saya hampir berputus asa
    Lim Junn Hwa
    hwalinjunn@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment