Assalamualaikum,
Kita kadang-kadang tidak perasan bahawa wang yang kita sumbangkan dalam takaful itu adalah sebahagian daripadanya adalah tabarru'. Ada yang tertanya-tanya kenapa wang yang mereka sumbangkan apabila nak tamatkan polisi (dalam masa yang singkat) tidak dapat apa-apa. Kenapa jadi begini ? Ini adalah kerana mereka tidak memahami apa yang mereka sumbangkan. Apabila diinfakkan maknanya bahagian itu tidak akan dapat balik kerana ianya telah di'sedekahkan'. Mana boleh sedekah minta balik. Manakala sebahagian yang dilaburkan sahaja akan dapat balik. Lihat-lihatlah jenis takaful apakah yang anda ambil perubatan atau pelaburan atau kombinasi keduanya.
Comments
Post a Comment