7 Langkah Kebebasan Kewangan



Saya sempat membelek-belek buku Getting Rich Your Own Way yang ditulis oleh Brain Tracy terbitan Wiley yang sempat saya kutip untuk kongsikan dengan anda.


1. Tetapkan matlamat dan tanamkan keazaman yang tinggi untuk mencapainya.
2. Himpunkan modal dengan membuat program simpanan secara tetap setiap bulan.
3. Gunakan pekerjaan anda sekarang sebagai batu loncatan untuk meraih kejayaan masa hadapan.
4. Jangan terlibat dalam skim cepat kaya atau jalan pintas.
5. Carilah masalah yang tidak diselesaikan, keperluan tidak dipenuhi atau barangan atau perkhidmatan yang anda boleh sediakan dengan kualiti yang tinggi dengan harga berpatutan.
6. Bacalah apa sahaja maklumat berkaitan dengan bidang anda.
7. Melangkah untuk melancarkan (launch) pelan dan matlamat anda dengan keberanian dan ketekunan.

Buku ini mempunyai banyak maklumat yang baik untuk perniagaan dan juga kewangan, disampaikan dengan bahasa yang mudah.

Sekian

Comments