(Gambar hiasan sahaja)
From: Siti Kembang Kuncup (bukan nama sebenar)
To: mizi7171@yahoo.com.my
Sent: Monday, 5 April 2010 13:30:46
Subject: Harta Sepencarian
To: mizi7171@yahoo.com.my
Sent: Monday, 5 April 2010 13:30:46
Subject: Harta Sepencarian
Salam, Cuba surfing di internet pertanyaan mengenai harta sepencarian dan alhamdulillah, akhirnya terjumpa blog saudara. Sudi kiranya saudara dapat memberi pendapat atau jawapan ke atas persoalan saya mengenai harta sepencarian: Setelah 11 tahun perkahwinan, saya telah keluar dari rumah tanpa izin suami saya atas 2 sebab, iaitu yang pertama kerana telah dimudaratkan tubuh badan saya buat kali pertama oleh suami saya dan yang kedua setelah mengetahui kecurangan suami saya dan telah diakui oleh beliau sendiri. Rumah yang saya tinggalkan itu masih didiami oleh suami saya sehingga sekarang. Saya telah menuntut cerai taklik dan sekarang masih di dalam proses perbicaraan mahkamah. Rumah tersebut telah dibeli oleh saya semasa tahun ke-3 perkahwinan dan rumah tersebut adalah dibawah nama saya seorang dan melalui potongan gaji saya seorang (sales & purchase agreement atas nama saya seorang). Persoalannya, adakah rumah tersebut dikira sebagai hak sepencarian atau hak bersama saya dan suami saya atau masih kekal sebagai hak saya seorang memandangkan saya telah membeli rumah tersebut setelah saya berkahwin dengan beliau. Untuk makluman, semasa kami masih bersama, suami pernah mennyumbang sebanyak 2 kali pengeluaran KWSP beliau untuk mengurangkan pembiayaan pinjaman rumah tersebut. Terima kasih saudara di atas perhatian saudara menjawab persoalan saya. Terima kasih byk Reply dari Mizi Walaikum Salam, Terima kasih kerana bertanya.....Harta Sepencarian adalah harta bersama suami isteri yang dibeli dalam tempoh perkahwinan berlangsung. Sebelum kahwin atau selepas bercerai tidak dikira sebagai harta sepencarian. Ini kaedah umum. Saya tak nak ulas sebelum kahwin punya harta sebab tidak berkenaan dengan kes puan. Adakah harta yang puan sebutkan harta sepencarian ? Memang jelas ia termasuk didalam kategori harta yang diperolehi selepas kahwin, so memang harta sepencarian lah. Tak kiralah sama ada harta itu diletakkan nama seorang saja (sama ada atas nama suami atau isteri) pokoknya dibeli selepas kahwin. Orang akan kata "senang banyaklah bila kahwin je terus dapat harta yang dibeli oleh isteri tak payah penat-penat keluar duit". Jawapannya kurang tepat. Selagi suami puan terlibat dalam proses membeli harta tersebut dia akan dapat bahagian, sikit atau banyak isu kedua. Berapa banyakkah bahagian suami akan dapat ? Ini isu yang paling penting dan hanya Mahkamah yang akan menentukan bahagiannya. Bahagiannya berbeza mengikut fakta kes dan pembuktian di Mahkamah. Katakan suami puan nak tuntut bahagian dia, dia kena buktikan sumbangannya dengan menunjukkan penyata pengeluaran wang dari EPF tersebut. Mahkamah tidak akan melayan permintaan kosong (tanpa bukti). Mahkamah hanya akan memutuskan bahagian suami berdasarkan sumbangannya. Bukti ini cukup penting!!! kalau tak ada bukti, besar kemungkinan Mahkamah akan tolak walaupun harta dibeli semasa perkahwinan. Suami nak tuntut tanpa bukti susah sikit.......sebab dia tak boleh bagi alasan dia yang menjaga anak dirumah sebagai suri rumah. Kalau isteri boleh bagi alasan tersebut. Kalau dia (suami) ada bukti sumbangan dia terhadap pembelian harta tersebut ? Mahkamah akan membenarkan suami menuntut wang yang dikeluarkan oleh suami dan juga mungkin akan membenarkan peratusan untung dari rumah tersebut berdasarkan ratio sumbangannya.katakan harga rumah RM120,000. Suami keluar wang KWSP RM30,000. Rationya mungkin 25 (suami) : 75 (isteri) dari untung (kalau jual) . Ini bergantung kepada argument peguam suami di Mahkamah. Bagaimana kalau suami terlupa atau tak nak tuntut ? Puan tiada masalah sebab rumah tersebut atas nama puan. Dia tak perlu tandatangan dokumen apa-apa kalau puan nak jual ke atau nak refinance ke. Bagaimana kalau suami dapat perintah Mahkamah di berhak dapat 30% daripada nilai harta ? Kena buat penilaian harta. Kalau dah nilai harta meningkat ke RM150,000. 30% dari RM150,000 = RM45,000-00. Puan kena bayar tunai kat dia atau kalau tak ada cash kena refinance rumah berkenaan dan settlekan dengan dia (Ini kalau dah habis bayar). Kalau belum habis bayar katakan RM150,000 (nilai semasa) -RM100,000 (hutang di Bank) bakinya ada RM50,000-00. 30% dari RM50,000 = RM15,000-00.(bahagian suami). Ini adalah jawapan bagi maklumat yang puan beri. Apapun Mahkamah akan memutuskan sesuatu kes berdasarkan bukti dan alasan-alasan yang logik sambil merujuk kes-kes yang terdahulu. Wallahu a'lam, inilah jawapan spontan saya. Semoga dapat membantu puan. |
salam..saya ingin bertanya...saya berkahwin selama 25bulan..lepas tu isteri menuntut cerai setelah dia merasa terkongkong hidup dengan saya sambil campur tangan oleh keluarganya..isteri saya ingin menuntut harta sepencarian..katanya segala harta saya akan dinilai dan dibahagikan sama rata...padahal semua harta yg saya perolehi bukan dari perkongsian..termasuk kereta dan motosikal pun semua tu dari saya...persoalannya adakah harta yang saya ada itu harta sepencarian padahal ketika saya beli kereta dan motosikal serta barang2 lain nya ketika itu isteri saya masih belajar dan dia tidak memperolehi gaji lagi...dan dia tiada sumbangan keatas harta itu...adakah ia boleh di katakan harta sepencarian
ReplyDeleteMasyaallah..sy tak buka blog dah lama kerana dah guna fb n wassup. Mungkin kini pertanyaan saudara dah tak relevant. Harta yg dibeli sbl perkahwinan x dianggap harta sepencarian.
DeleteMasyaallah..sy tak buka blog dah lama kerana dah guna fb n wassup. Mungkin kini pertanyaan saudara dah tak relevant. Harta yg dibeli sbl perkahwinan x dianggap harta sepencarian.
DeleteSlm sy ingin bertanya....
ReplyDeleteSalam boleh sy bertanya. Sy becerai. Dan rumah sy beli semasa kawin . Jd semua proses urusan sy yg tanggung. Namanya hanya sy masukkan sahaja . Bolehkah dia menuntut harta sepencariab
ReplyDeletesaya nk mjawab bg pihk tuan tanah. apa-apa harta yang diperolehi semasa dlm tempoh perkahwinan, pihak3 berhak dpt bhgian sama ada 1/2, 2/3 atu 1/3 bdasarkan budi bicara hakim. sy rs y btye ni adalh isteri, puan kene buktikan bhw semua tu puan y beli spt dokumen asal pembelian, resit3 y berkaitn dgn hal-hal pembelian rumah tersebut. dokumen asal puan perlu simpan sbg bukti itu adaalh harta puan dan sumbangan puan dlm pemerolehan hrta tersebut.
DeleteThanks and that i have a tremendous present: Who To Contact For House Renovation house renovation cost
ReplyDelete