Soalan Harta Pusaka Peninggalan Datuk

From: ********<*****@yahoo.com.my>
To: mizi7171@yahoo.com.my
Sent: Thursday, 4 March 2010 2:32:09
Subject: harta pusaka



A'kum. 


Saya ada satu soalan. datuk dah meningal, sebelum berkahwin dgn nenek saya, datuk berkahwin dan mempunyai anak 1 lelaki, 2 perempuan. isteri pertama meninggal dulu sebelum datuk, selepas isteri pertama meninggal, datuk berkahwin lain (nenek), dan mempunyai 3 anak perempuan.  nenek pula meningal selepas datuk. soalannya : selepas berkahwin datuk dan nenek (isteri kedua) mempunyai 3 ekar tanah, layak tak anak pada isteri pertama mewarisi harta itu tadi. t.kasih

Reply dari saya :

Walaikum Salam,

Rasanya tanah yg 3 ekar tanah tu atas nama datuk seorang kan?

Jawapan :-

1. Isteri pertama meninggal dulu tidak mendapat harta pusaka.
2. Isu anak - selagi harta itu atas nama datuk, maka semua anak datuk yang mati selepasnnya akan dapat harta tak kira anak isteri 1 atau 2. Cara pembahagian yang lelaki 2 bahagian manakala yang perempuan 1 bahagian. Yang mati sebelum datuk tak dapat.
3. Sekiranya harta tersebut dibeli ketika hidup bersama isteri ke 2 maka isteri kedua boleh memohon bahagian harta sepencarian. (Boleh tambah bahagian isteri). Malangnya syer isteri kedua untuk harta sepencarian tidak boleh dituntut lagi kerana nenek encik dah meninggal dunia.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut sila dapatkan buku saya Pewaris Jutawan di kedai buku utama di tempat anda.

Semoga dapat membantu saudara..

Ahmad Tarmizi Jusoh

Comments