Assalamualaikum,
Pada 26-3-2010 telah diadakan pelancaran buku bagi penulis-penulis True Wealth Sdn. Bhd. bertempat di Lobi PWTC oleh saudara Azizi Ali. Aku bertolak ke sana pukul 5.00 pagi Jumaat lepas bersama dua orang lagi sahabat peguam iaitu Sofee Razak dan Habib. Sampai di KL pukul 10.00 am terus ke KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor ) di Bandar Seri Mahkota, Selangor. Ingat nak jumpa pensyarah di sana, dia tak ada pula. Pergi breakfast kat tepi Tasik KUIS sambil menikmati breakfast rasa begitu menerujakan dan menyamankan. Tepi tasik lah katakan....... Cantik kawasan tu...
Lepas kenyak borak-borak sekejap, tengahari baru pergi PWTC. Majlis pelancaran bermula pukul 3.00 pm.
Kami sampai pukul 2.45 pm kira ngam-ngam. Pada hari itu bukan pelancaran buku aku seorang saja tetapi bersama 19 penulis yang lain. Tak ingat buku-buku tulisan mereka sebab ramai sangat. Saudara Azizi Ali sendiri yang merasmikan majlis tersebut. Memang dia jenis tak suka panggil orang kenamaan atau ahli politik untuk merasmikan majlisnya. Mungkin sebab kos (sebab dia ni seorang financial planner) atau mungkin dia tak mengharapkan political mileage (dia ni seorang yang kritikal).
Antara kandungan speech dia yang sempat aku ingat ialah :
"Kita perlu menghasilkan buku-buku yang mendidik masyarakat Malaysia supaya lebih kaya"
"Kita perlu jadikan Malaysia Negara yang makmur"
"Kita perlu jadikan Malaysia Negara yang makmur"
"Negara kita sudah banyak menerbitkan buku-buku macam Mastika yang membuatkan masyarakat boleh bercakap dengan jin"
"Negara kita sudah banyak majalah seperti URTV untuk mengetahui kisah-kisah artis"
"Kita perlu melahirkan masyarakat malaysia yang lebih bijak dan rajin"
" Kita perlu melahirkan masyarakat yang lebih ADILL" .
(dia tekan kat ayat adil) menyebabkan ramai yang tersenyum. Ada nada sinis yang diucapkan oleh beliau.
Majlis selesai pukul 3.30 pm. Selepas itu bermulalah explorasi ke gerai-gerai buku. Tak banyak buku yang aku beli tetapi banyak juga penerbit yang aku jumpa untuk bertukar-tukar fikiran. Rasa semangat menulis lebih tinggi selepas balik dari Pesta Buku ni.
Yang paling best malam tu pekena Kari Kepala Ikan kat restoran mamak kat Kampung Pandan. Memang best giler!! rasa macam nak pi lagi. 4 orang makan kena RM110. Kami bertolak balik dari KL pada pukul 11 pm. Sampai Penang pukul 4.00 am.
Sekian..
Comments
Post a Comment