Sejak dua menjak ni minat pula mengumpul gambar-gambar untuk dijadikan idea untuk "decorate" rumah. .
Untuk makluman anda jika anda membeli rumah lelong yang tidak sedap mata memandang kerana catnya sudah lusuh atau dipenuhi semak samun dan lalang, jangan pandang sebelah mata......... asalkan struktur rumah itu ok, dikawasan yang ok (permintaan tinggi) dan harga yang anda dapat itu berbaloi anda boleh melabur (beli harta tersebut untuk pelaburan).
Baru baru ini saya ada membeli sebuah rumah di ........pada harga RM38,000 sahaja. Keadaan rumah tersebut agak teruk, lebih baik sikit dari reban ayam tetapi setelah dimake over ada pembeli yang nak beli pada harga RM77,000-00. Nak tengok rumah tu....nanti dulu. Lepas siap semua baru saya akan tunjukkan. Saya telah mengambil beberapa photo untuk dijadikan idea untuk rumah yang berikutnya yang saya cadang nak beli...
Disini saja saya paparkan idea dekorasi yang boleh dijadikan idea untuk hiasan dan cat agar nampak segar walaupun rumah tersebut dah lusuh. Setelah di make over jadi cantik......
Gambar ini hanyalah hiasan sahaja, gambar rumah yang betul akan dipaparkan kemudian.
Ini bilik study idaman saya.......boleh dijadikan home office.
HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM
Comments
Post a Comment