Aktiviti Hari Ahad

Salam semua...

Tak sempat nak menulis panjang, cuma nak paparkan aktiviti hari Ahad. Pada Ahad lepas team kayuh Taman Ara Indah ( tempat tinggal aku sekarang ni ) pergi kerabat (naik) Bukit Langkap berdekatan dengan Mengkuang Dam. Amat mencabar kerana kayuhan ke 2 hanya berjaya naik setakat 75% sahaja. Kayuhan Pertama hanya 20% sahaja berjaya selebihnya tuntun basikal sebab bukit tu agak tinggi. Walaubagaimanapun ada kemajuan yang memberansangkan. 3 rakan dah 'give up' awal-awal lagi. Lihatlah gambar gambar ini.


Gambar baru nak mula kayuh..tengah berhimpun tunggu sahabat-sahabat yang lambat.....




Sedang membuat pendakian dalam hutan......mendahului sahabat seorang lagi....




Sedang menuruni bukit..laju tu...kalau brek tak makan terjerumus ke depanlah jawabnya....



Agenda last sekali yang paling seronok...makan ramai ramai....masing-masing 'evaluate' kemampuan...

Comments