Kehidupan Dan Kesibukan Dunia


Bersama anak bongsu ku..InsyaAllah..
Salam,

Kehidupan ini rasanya begitu cepat sekali dah tak sempat nak mencoret dalam blog ini, hari-hari rasa begitu cepat betul berlalu, amanah amanah masih banyak yang belum diselesaikan...yang tu tak buat lagi, yang ni tak buat lagi, kes tu dah nak kena settle cepat tempoh dah nak sampai, kes ni dah nak kena denda, begitulah kehidupan seorang pemegang amanah (stakeholder) stakeholder kepada Allah dan kepada manusia.

Sebentar lagi anak-anak suruh beli capati tak beli lagi, blog pun tak update lagi, petang ni nak kena cycling lagi..bagi keluar peluh sekarang dah nak pukul 6...nanti tak sempat...sembahyang dak lagi....esok kena pergi mahkamah...minggu ni start kelas PHD kat Insaniah lepas ni bagai mana kehidupan aku selepas start kelas PHD...tak tahulah . rasa kepala nak berasap ni...rasa dak dak darah tinggi lagi kut...sebab tu lah kena exercise...badan pun rasa ketat je pinggang...Jadilah setakat ni coretan memenuhi permintaan blog agar tidak kesunyian..

Ya Allah lapangkanlah hidupku dan lancarkanlah urusanku dan jauhilah dari musibah........

Comments