Just nak kongsi ilmu tentang wasiat setelah terbaca buku yang baru dibeli berjudul PANDUAN WAKAF & HIBAH menurut Alquran & Sunnah yang ditulis oleh Shaikh Muhammad Bin Salleh Al-Utsaimin.
Pemberian mempunyai 3 tingkatan :
Pertama - Pemberian sewaktu badan sihat (Hibah)
Kedua - Pemberian ketika sakit, menjelang kematian (marad al maut)
Ketiga - Pemberian selepas kematian (Wasiat)
Sebaik-baik pemberian ketika sihat bugar. (Tingkatan Yang Pertama)
Berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud" Sebaik-baik sedekah adalah engkau bersedekah ketika dalam keadaan sihat, amat memerlukannya, berangan-angan hidup lama dan khuatir miskin....
Pemberian di saat kematian (Tingkatan Yang Kedua)
Sebab : anda sudah redha harta anda diberikan kepada orang lain kerana anda sudah bersedia menempuh kematian. Namun anda mengharap pahala pemberian sewaktu anda hidup.
Pemberian selepas kematian (Tingkatan Yang Ketiga)
Pada waktu ini anda tahu bahawa hanya selepas anda mati orang lain dapat menikmati harta milik anda. Sewaktu hidup anda nak menikmati harta anda tanpa diganggu.
Ketiga-tiga ini adalah baik dan InsyaAllah mendapat ganjaran daripada Allah namun yang terbaik sudah tentu pemberian yang dibuat di saat anda amat mencintai, memerlukan, menyayangi harta anda tersebut.
Wallahuaklam.

Comments
Post a Comment