Author's Talk - Pewaris Jutawan

Pada 21 Nov 2009 aku telah membuat author's talk kat Alpha Angle Wangsa Maju. Ini pengalaman pertama buat talk kat kedai buku mph bookstores. Dikepilkan beberapa gambar yang diambil oleh jurukamera tak bertauliah.


Kehadiran pada hari tu adalah 7-8 orang. Ini memang biasa kerana ianya dibuat di kedai buku. Ada yang terpinga-pinga tengok ada orang buat talk, ada yang menyorok-yorok di belakang rak. Nak dengar tapi tak nak duduk depan.

Author's talk di negara kita ni masih belum popular seperti di negara barat. Mungkin juga penceramah tak glamer sama. Namun begitu ianya adalah pengalaman yang cukup berharga.

Comments