Pesanan Imam Al-Ghazali Kepada Anak Perempuan di Hari Perkahwinan Anaknya

Anakku,
Engkau sekarang akan berpisah 
Dari rumah tempat engkau dibesarkan
Dan akan berada di tempat yang engkau tiada biasa dengannya
Itulah suamimu
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya,
Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepada mu,
Jangan engkau memaksa-maksa apabila
Engkau meminta-minta sesuatu daripadanya,
Dengan cara yang demikian,
Akan menjadi ia merasa benci padamu,
Jangan pula engkau menjauhkan diri,
Nescaya ia akan melupakan engkau
Dan kalau ia menjauhkan diri, secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu,
Maka yang eloknya, jauhkanlah daripadanya semasa marah,
Peliharalah hidung, telinga dan matanya,
Janganlah membiarkan membiarkan dia menghidu,
Sesuatu daripadamu melainkan yang harum,
Jangan membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu,
Melainkan yang baik,
dan jangan membiarkan dia melihat
Sesuatu denganmu melainkan yang cantik belaka.

Pesanan Imam Al-Ghazali

Comments

Post a Comment