Harta Yang Bukan Harta Sepencarian

Salam untuk semua...

Untuk mentakrifkan harta sepencarian amatlah mudah iaitu apa sahaja harta yang diperolehi selepas perkahwinan berlangsung dan perkahwinan itu kekal sewaktu pembelian dibuat (bukan selepas penceraian)tak kisahlah anda letak nama seorang ke atau kedua-duanya ianya sudah dianggap sebagai harta sepencarian.

Oleh itu undang-undang mengandaikan bahawa harta yang diperolehi ketika perkahwinan berlangsung akan di anggap sebagai harta sepencarian, namun begitu ianya bukanlah sebagai penentuan yang tidak boleh diubah lagi. Tak semestinya!

Undang-undang akan membenarkan anda atau pasangan anda untuk mengeluarkan anda daripada belenggu andaian ini.

Bagaimana mengeluarkan dari andaian ini ?

Sekiranya anda ingin berjaya untuk mengubah andaian ini daripada harta sepencarian menjadi harta milik persendirian, anda perlu bersedia mengemukakan bukti dokumentari (documentary evidence) di Mahkamah perkara-perkara berikut :-

1. Bahawa anda memiliki harta atau aset tersebut sebelum anda berkahwin dengan pasangan anda;
(Maksudnya start2 kerja tu anda dah beli rumah waktu tu anda baru berumur 24 tahun. Anda kahwin umur 27 tahun. 3 tahun lepas itu dan anda tak guna langsung wang pasangan anda selepas perkahwinan anda).

2. Bahawa harta itu adalah pemberian atau hibah daripada seseorang individu kepada anda.
(Contohnya : anda anak orang kaya yang banyak harta ibu bapa anda telah membuat estate planning dengan menghibahkan harta-harta kepada anak2 siap-siap setelah mendengar ceramah harta pusaka). Bertuahlah anda....

3. Bahawa anda mewarisi harta pusaka ibu atau bapa atau saudara anda sebelum atau semasa perkahwinan berlangsung.
(Contohnya : ibu atau bapa anda meninggal dunia, anda adalah waris yang berhak terhadap harta pusaka tersebut)

4. Bahawa harta yang dibeli dengan menggunakan wang hasil penjualan atau pindahmilik harta yang dibutirkan dalam perkara (1), (2) atau (3) di atas; atau

5. Bahawa harta tersebut dikecualikan kerana wujudnya perjanjian antara pasangan anda. (Mutual understanding) . (Maksudnya anda telah membuat perjanjian dengan suami anda bahawa mana-mana harta yang diletakkan atas nama masing-masing adalah milik penama harta tersebut).


Contoh harta yang bukan harta sepencarian ialah seperti kereta, motosikal, rumah, akaun bank, sijil saham, akaun simpanan tetap atau perniagaan yang dimiliki oleh anda sebelum perkahwinan (motor kapchai sewaktu anda belajar di U dulu tak kan nak dikira sebagai harta sepencarian). Sekiranya harta tersebut mempunyai bukti dokumentari Mahkamah akan mengeluarkan harta tersebut dari senarai harta sepencarian sebelum meneruskan dengan baki harta yang lain.

Geran kereta, resit kad kredit, surat hakmilik, wasiat atau apa-apa dokumen yang berkaitan yang diperlukan oleh peguam untuk membuat “tracing” ke atas harta milik anda.

Tanpa dokumen-dokumen tersebut bukanlah bermakna anda tidak boleh mendapat harta anda kembali, tetapi ianya berisiko dan agak sukar. Tracing akang menjadi sukar jika anda mempunyai harta sebelum perkahwinan dan menjual harta tersebut dan mencampur wang yang anda dapat dari penjualan harta tersebut dengan wang yang anda perolehi semasa perkahwinan untuk membeli harta lain. Apabila hakmilik bercampur-baur, hanya bukti mampu menidakkan hak pasangan anda terhadap harta tersebut.

Comments