Buku Pewaris Jutawan di Utusan Malaysia pada 20-10-09

Assalamualaikum.

Semalam 20-10-2009 akau ada menerima mesej dari rakan peguam firma aku, Sofee Razak , mesejnya berbunyi "Salam. Buku enta dalam Utusan Malaysia hari ini".

Aku tak sempat nak jawab mesejnya kerana kebetulan semalam handphone line kena block. Tangguh punya tangguh sampai block (tak boleh call keluar), kebetulan kerani akaun cuti kahwin 5 hari, terpaksalah aku jadi kerani akaun mengeluarkan cek sendiri untuk bayar bill h/phone. Petang baru dapat call out.

Petang pulak seorang kakitangan True Wealth S/B call bagitahu perkara yang sama. Terima kasihlah diucapkan.

Nampaknya sambutan yang diterima begitu positif sekali kerana masyarakat memang dahagakan maklumat tentang harta pusaka dalam bentuk yang lebih mudah difahami dan bukannya terlalu akademik.

Bagi anda yang belum mendapatkan naskah anda eloklah berbuat demikian. Boleh didapati di kedai buku utama. Ianya diedarkan oleh MPH Distributors.

Berapa harganya ? RM39.90 harga kedai buku. Kalau beli dari penulis dapat diskaun lagi.

Comments

Post a Comment