Bidangkuasa Pejabat Pusaka Kecil

Salam semua,


Bermula dari 1 September 2009 bidangkuasa Pejabat Pusaka Kecil yang dahulunya terhad setakat RM600,000 dan ke bawah telah dinaikkan ke RM2,000,000.


Ini bermakna jika anda mempunyai harta tak alih seperti tanah, rumah, apartment, kondo yang nilainya kurang dari RM2 juta tidak perlu lagi ke Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Suratkuasa Mentadbir untuk mentadbir harta si mati dan membahagikan harta tersebut kepada waris-waris si mati.

Apa kebaikannya ?

1. Lebih cepat.

2. Kurang dokumentasi.

3. Kurang birokrasi. Setengah orang tu bila dengar Mahkamah Tinggi dah ketaq lutut dah..

4. Tak banyak kos guaman berbanding permohonan di Mahkamah Tinggi.

Untuk pengetahuan anda pihak kami ada menyediakan khidmat untuk permohonan surat kuasa mentadbir dengan kos yang berpatutan.

Jangan biarkan harta peninggalan ibu bapa anda diselubungi misteri.......

Comments