Tips Hartanah Lelong- Hati Hati hartanah Yang Berpenghuni

Jika anda ingin melabur dalam hartanah lelong perkara yang penting perlu anda selidiki adalah sama ada hartanah yang anda beli itu didiami oleh pemilik asal.

Ada seorang pelanggan yang beli sebuah rumah berkembar 2 tingkat harganya RM320,000 harga pasaran RM380,000.Dia dah untung atas angin RM60,000. Malangnya rumah tersebut dihuni oleh pemilik asal yang enggan keluar. Setelah disuruh untuk berbincang gagal disepakati kerana owner lama nak RM50,000 baru dia nak keluar. Si pembeli ni hanya boleh offer RM10,000. Jadi tak boleh setuju..

Setelah pinjaman dikeluarkan oleh pihak Bank beliau terpaksa menunggu selama lebih kurang 4 bulan, baru nama pembeli baru boleh dimasukkan dalam geran. Selepas itu barulah pembeli baru itu hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik asal. (kes ini belum selesai, ending dia bagaimana, tak tahu lah lagi berapa lama boleh selesai...)

Masalah-masalah kes membeli harta berpenghuni ini ialah :
1. terpaksa pening kepala sebab kena 'bergaduh' dengan pemilik asal.
2. terpaksa ambil tindakan undang-undang tambahan. Kos lagi...
3. terpaksa bayar ansuran bulanan kepada pihak Bank walaupun rumah belum boleh diduduki. (kerana proses 'menghalau' pemilik asal belum selesai.
4. Kemungkinan pemilik asal akan merosakkan barangan dalam rumah seperti plaster ceiling, renovation kerana benggang dengan pemilik asal.

Kalau nak beli juga macam mana?
1. runding dengan pemilik asal..kalau boleh 'kawtim' boleh proceed untuk beli, kalau tidak cari harta lainlah.. tak lah pening kepala.

Inilah tip-tip spontan yang sempat ditulis.

Wassalam

Comments