Selamat Hariraya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin


Alhamdulillah, kita telah selamat menunaikan ibadah puasa dan sembahyang tarawikh serta perkara-perkara sunat yang lain, diharapkan semoga Allah SWT memberi keampunan serta menyucikan diri kita hasil daripada tarbiah bulan Ramadhan yang kita lalui selama 29 hari ini.

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah satu bulan yang berkah, saya berasa ianya amat memberi kesan sekali dari sudut pekerjaan dan pembaikpulihan diri. Pada peringkat awal Ramadhan risau juga aktiviti akan menjadi lembap tetapi itulah kita kena berharap kepada Allah 100% Alhamdulillah rezeki itu datang tanpa di sangka, dapatlah beraya dengan agak selesa dan bagi duit raya kat Staff lagi.


Berbalik kepada Sambutan Hari Raya pada tahun ini, tidaklah ada apa sangat hanya ala kadar sahaja. Beli untuk anak-anak saja...

Bulan puasa aktiviti menulis buku dihentikan terus sebab masa tu penuh. Alhamdulillah hasil berkat usaha dengan sahabat-sahabat di Surau Taman Ara Indah sempatlah habis tadarus 5 hari lebih awal....tahun lepas tak habis sebab baca sorang-sorang je...

Lepas raya ni nak pulun balik tulis buku. Bahan-bahan dah ada cuma nak mengembangkan tulisan saja. Nak tau tajuk buku yang saya akan tulis ? Tajuknya tak tau lagi lah..tapi berkisarkan Tuntutan Harta Sepencarian dalam Perkahwinan...

Bagi mengakhiri tulisan ini saya dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, DAN MAAF ZAHIR BATIN dari saya serta keluarga..

Comments

  1. Tima kasih sebab beri alamat blog anda. Saja tengok-tengok. Anyway selamat Hari Raya Fitrah.

    ust rizal akhir

    ReplyDelete

Post a Comment