Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Ust Asri Ibrahim.
Rasa sedih juga mendengar berita kematian Ust Asri memandangkan beliau antara orang yang pertama mempopularkan irama nasyid di negara ini.
Sewaktu belajar di UIA Petaling Jaya dulu, saya akan selalu ke pasar malam seksyen 17 Petaling Jaya untuk membeli kaset nadamurni. Beberapa kali menyaksikan persembahan Nadamurni di Dewan MPPJ Petaling Jaya dan juga ke Sungai Penchala. Iramanya begitu menusuk kalbu boleh membuatkan kita mnitis air mata.
Saya amat menyukai lagu 'Munajat' kerana iramanya begitu menyentuh jiwa. Lirik dan iramanya mencetuskan keinsafan agar kembali menilai tahap keimanan kepada Allah. Jika beliau (Ust Asri) dan Sdr Munif berpadu suara amat menarik sekali. Sdr Munif dengan lagu 'Rindu' nya sering saya ulang berkali-kali.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Comments
Post a Comment