Pewaris Jutawan

Salam sahabatku,


Alhamdulillah segala penat lelah mengarang berjaya juga mengeluarkan buku ke 2 saya berjudul Pewaris Jutawan. Buku ini juga diterbitkan oleh True Wealth Sdn. Bhd. Nak lihat covernya ini dia, di bawah ni.
Buku ini berkisarkan kepada perancangan harta pusaka untuk orang Islam. Buku ini saya buat 3 dalam 1. Maksudnya di dalamnya ada undang-undang, syariah dan motivasi semasa dengan isu-isu semasa.
Undang Undang
Saya masukkan kes-kes syariah yang ringan untuk memudahkan pemahaman.
Syariah
Buku ini tidak hanya tertumpu sebagai buku agama sahaja.
Motivasi semasa
Buku ini memasukkan tokoh-tokoh barat dengan memasukkan isu-isu semasa.
Kesimpulannya, kalau anda nak kata ini buku agama pun boleh, buku undang-undang syariah pun boleh malah buku motivasi pun boleh sebab saya ada memasukkan motivasi tentang pentingnya kekayaan dalam hidup manusia ini supaya memberi manfaat kepada manusia sejagat.
Kalau nak lihat dengan lebih terperinci table of contents nya bolehlah lawat bookplanet.com
Buku ini ditulis untuk siapa :
1. Sesiapa sahaja yang berharta.
2. Pengamal undang-undang.
3. Pelajar (ianya mengikut silibus kuliah syariah)
4. Agen wasiat.
Selamat Membaca....

Comments