Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.
Saya rasa terpanggil untuk menulis dalam hal perancangan harta pusaka ini kerana saya rasakan bahawa rata-rata setiap keluarga yang saya berkesempatan untuk tanya atau yang datang kepada saya untuk ditanya pandangan atau untuk diselesaikan masalah mereka amatlah ramai. Tuan-tuan dan puan-puan bayangkan kalau orang sekeliling kita pun mempunyai masalah harta pusaka, apakah maknaya ? Ini bermakna masalah harta pusaka ini cukup banyak, ada yang masih boleh diselesaikan, ada yang telah diselesaikan dan ada yang tiada harapan untuk diselesaikan. Saya mengandaikan bahawa masalah harta pusaka ini cukup banyak ada yang mengambil inisiatif untuk menyelesaikannya dan tidak kurang ramainya yang selesa dengan membiarkan ianya berlarutan atas alasan tidak mahu pening kepala memikirkan.
Kenapakah melahirkan pewaris jutawan ?
Kita kerap kali mendengar kisah keluarga yang mempunyai harta yang banyak, berekar-ekar luasnya dan berkeping-keping geran tanahnya yang bernilai jutaan ringgit tetapi akibat tidak dibuat perancangan pewarisan yang baik, berlaku perebutan dikalangan anak-anak yang akhirnnya tidak ada yang mendapat manfaat akibat ada dikalangan ahli keluarga berdengki tidak bersetuju tentang kaedah pembahagian. Hartanah yang banyak itu terbiar dan tiada siapa yang mendapat manfaat. Ibu bapa yang sepatutnya melihat anak-anak mereka ini hidup senang tetapi berlaku sebaliknya, mereka ini hidup melarat!
Pada cuti hari raya Cina baru-baru ini saya berpeluang mengunjungi Terengganu yang saya anggap negeri yang cukup cantik. Saya menginap di salah sebuah chalet di Marang. Suasana di tepi pantai begitu nyaman sekali dengan ombak yang kuat memukul pantai terasa ingin terus menetap di sana. Berdekatan dengan chalet tersebut terdapat sebuah rumah usang yang mencacatkan pemandangan kawasan tersebut. Saya bertanya kepada Mak Cik pengusaha chalet tersebut. “Ini rumah mak cik juga ke ? “Ini bukang rumoh Mok Cik, tapi rumah pusake keluarge?”. “Kenapa Mak Cik tak pakat dengan keluarga majukan rumah tu buat bagi cantik-cantik supaya boleh sewakan kepada pengunjung, boleh tambah pendapatan?”. “Mok Cik dah tanye keluarge, tapi ade seorang adik Mok Cik yang susah runding, macam-macam cara Mok Cik buat, minte beli tak nak jual, minta nak sama-sama majukan tak nak juge, tak tahu nak buat macam mane”. Anda bayangkan tanah yang bersebelahan pantai yang cantik jika dimajukan atau dibaik pulih, boleh menambat hati pelancung dan juga boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada pemiliknya, tetapi apa nak buat ini berpunca dari masalah harta pusaka.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, jika kita seorang yang kaya berstatus jutawan kita mampu melahirkan anak-anak kita agar menjadi jutawan seperti kita dengan membuat perancangan yang rapi agar harta-harta kita dapat diwarisi dengan cara yang teratur tanpa menghadapi sebarang masalah. Jika kita mempunyai perniagaan yang berjaya dan memiliki asset yang banyak, tambahan pula mempunyai ‘cawangan’ tambahan (saya maksudkan di sini isteri lebih dari satu) yang berpotensi untuk berlakunya perebutan harta maka kita mesti lakukan perancangan yang teliti agar tidak ada terlepas pandang yang boleh menimbulkan masalah kemudian hari.
Saya kadang-kadang berasa sedih dengan sikap bangsa sendiri yang meletakkan perasaan ego melebihi sikap tolak ansur untuk menyelesaikan hal harta pusaka. Saya biasa menyaksikan waris-waris bertengkar di hadapan saya tanpa segan silu hanya kerana perkara-perkara yang saya anggap remeh sahaja. Perlukah kita bergaduh hanya kerana seribu-dua sahaja sehingga putus hubungan silaturrahim dan tidak bertegur sapa bertahun-tahun lamanya. Sedikit sebanyak halalkanlah bukan boleh bawa papa kedana pun, tambahan lagi harta yang kita dapat ini bukanlah harta dari titik peluh kita.
Buku ini bukanlah hanya untuk jutawan sahaja malah sesiapa sahaja boleh mengambil manfaat. Perkara asas yang hendak saya tekankan adalah kita perlu merancang tidak kiralah harta sedikit atau banyakkah bagi mengelakkan kerugian kemudian hari. Saya berpandangan ilmu ini perlu disampaikan tidak kiralah ianya sempurna ataupun tidak dan kesempurnaan hanyalah milik Allah. Saya hanya menyampai setakat kemampuan saya. dan saya hanya mengharap jika ada sedikit kebaikan boleh dibuat sebagai bekalan kepada saya hari kemudian nanti.
Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang menyokong saya dengan membeli buku ini dan anggaplah ianya suatu pelaburan kearah menambahkan ilmu pengetahuan anda dan seterusnya dapat merubah kehidupan anda dan waris-waris anda.
Akhir kata jika anda jutawan anda mampu melahirkan ramai anak-anak jutawan dengan melalui proses perancangan harta yang rapi dan berkesan.

Comments
Post a Comment