Penting sangatkah kekayaan dalam hidup manusia ?
Menjadi kaya adalah impian semua manusia tidak kira apa bangsa, baik Melayu, India , Cina, India, Mat Saleh atau sesiapa saja didunia ini semuanya inginkan kekayaan sehinggakan orang yang tidak waras pun nak jadi kaya ‘Pak cik kayo! Pak cik kayo! namun begitu tidak semua orang dianugerahkan nikmat kekayaan di dunia ini. Ada yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi kaya, ada yang berusaha ‘biasa-biasa’ pun nak jadi kaya dan ada juga yang malas berusaha tapi nak juga jadi kaya. Kekayaan adalah sifat universal yang diidamkan oleh semua manusia. Siapa tak nak kaya ye tak?
Berbagai orang meletakkan matlamat nak jadi kaya ada yang nak jadi kaya kerana hendak memiliki rumah besar, kereta mewah, melancung ke bulan, menginap di hotel dalam air di Bahamas, tinggal laguna buatan Al-Burj di Dubai dan mengelilingi dunia dengan kapal mewah. Berbagai-bagai lagi keinginan manusia yang tidak habis-habis. Ada orang yang terpaksa mencari kekayaan kerana hendak membantu masyarakat atau umat yang miskin, tidak sanggup melihat masyarakat yang serba kedhaifan atau membantu orang-orang kita sayangi apabila kita memperolehi kekayaan. Menurut seorang penulis terkemuka Indonesia Aa Gym dalam bukunya Saya Tak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya beliau menggunakan kekayaannya untuk berdakwah dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Kaya Untuk Tuhan
Ada yang bertanya apa kaitannya antara kaya dengan tuhan ? Islam amat menekankan agar kita berubah daripada keadaan miskin kepada kaya. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri. Tidak ada kekayaan dengan hanya kita berdoa sahaja. Rezeki memang telah diperuntukkan oleh Allah kepada kita, namun kita perlu mengetuknya pintunya. Bagaimana nak mengetuknya ? Untuk mengetuknya kita perlu usaha. Usaha yang macam mana? Berusaha dengan meningkatkan kualiti kerja dan membuat perancangan yang rapi untuk masa hadapan. Berbalik kepada kaya untuk tuhan, untuk beribadat atau mengajarkan orang cara-cara untuk beribadat kepada tuhan kita mesti ada ilmu. Untuk menuntut ilmu kita perlu perlu ada kekayaan, kekayaan di sini adalah dari sudut kos untuk pembiayaan menuntut ilmu, lagi tinggi kita belajar lagi banyak wang yang kita perlukan. Jadi untuk mencapai tahap pelajaran yang paling tinggi kita memerlukan wang yang banyak jadi kita tidak dapat tidak perlu menjadi kaya agar kita dapat menggunakan ilmu untuk beribadat kepada Allah disamping mengajarkan kepada orang lain. Seorang kenalan saya bernama Radzi berasal dari Pantai Timur pada zaman kanak-kanaknya berjaya memperolehi keputusan cemerlang dengan memperolehi 5A dalam penilaian sekolah rendah tetapi kini bekerja sebagai waiter gerai makan. “Kenape mu tak masuk asrama penuh dulu ?” “Keluarga tak de pitih (wang)!” . Ini bukanlah contoh terpencil malah ramai lagi yang terbantut pelajaran kerana ibu bapa tidak mampu menyara persekolahan ke peringkat yang lebih tinggi. Anak-anak yang berpotensi tidak dijaga dengan baik akhirnya tidak ke mana. Kesian bukan...
Setujukah anda orang kaya lebih mudah masuk syurga berbanding orang miskin ? Kenapa ? Biasanya kekayaan memberi perspektif negatif jika dikaitkan dengan ketakwaan seseorang kepada Tuhan. Orang kaya biasanya dikaitkan dengan sombong, bongkak, kedekut, memeras kudrat orang miskin untuk bekerja untuknya, bermegah dengan kereta mewah dan banyak lagi perkara negatif yang dikaitkan dengan kekayaan. Sebenarnya kekayaan itu lebih mudah untuk masuk syurga jika digunakan dengan cara yang betul. Macam mana tu ? Jawapannya begini.. kalau anda rajin menelaah buku berkenaan kewangan seringkali disebut tentang pendapatan tanpa henti (pasif income) sekali kerja hasilnya sepanjang hayat. Antara buku yang saya pernah baca adalah “Building A Pipeline”. Dalam buku tersebut ia memberi contoh seorang yang membina pili air menggantikan menangkut air dengan baldi, hasilnya hanya dengan sekali kerja pemasangan paip, setiap hari, setiap masa dan sepanjang hayat orang membayar khidmat menggunakan paip air tersebut sepertimana kita membayar kepada syarikat air setiap bulan atau membina rangkaian perniagaan MLM bilamana rangkaian sudah besar diseluruh negara malahan ada sehingga keluar negara, pada waktu itu anda hanya goyang kaki kerana pendapatan akan bertambah setiap saat.
Apabila kekayaan dikaitkan dengan syurga saya bermaksud orang kaya boleh menggunakan wangnya untuk memperolehi pahala tanpa henti sehingga akhir hayat dengan membina masjid atau institusi pendidikan yang diwakafkan kepada orang ramai, selagi mana masjid itu digunakan untuk ibadat sampai hari kiamatlah pahala akan diperolehi tetapi dengan syarat ianya dilakukan secara ikhlas dan dengan menggunakan wang yang bersih. Mudah bukan orang kaya hendak mendapat pahala pasif.

Comments
Post a Comment