Wanita Mesir Fail Perceraian ke atas Suami yang enggan mandi

Seorang wanita Mesir telah memfailkan perceraian terhadap suaminya atas alasan suaminya tidak mandi sejak mereka sudah berkahwin menurut lapuran AlArabiya.net. Perkahwinan berlangsung dua bulan lalu.

Ia adalah satu perkahwinan cinta pandang pertama bagi Yara Saad Al-Din, 23, dan Aysar Ali, 31, yang bertemu di atas kapal terbang.

Tetapi selepas dua bulan menempuh alam perkahwinan dan bulan madu telah berakhir, Ali baru-baru ini telah mengaku kepada pengantin perempuan yang masih malu-malu yang dia tidak mandi selama lapan minggu semenjak mereka berkahwin, dan kini isterinya menuntut untuk berpisah melainkan suaminya membersihkan dirinya dengan mandi.

Aysar Ali menyatakan bahawa dia tidak dapat mandi kerana satu penyakit kulit yang menjadikan beliau alah kepada air. Seorang doktor telah mengesahkan bahawa Ali mempunyai satu penyakit kulit, dan beliau menambah bahawa ia tiada apa-apa kaitan dengan air, AlArabiya dilaporkan.

Yara Saad Al-Din memfailkan perceraian . Apabila Ali enggan untuk menceraikannya dengan talak satu, dia mendaftarkan tuntutan khulu’ – satu kaedah di dalam Islam yang akan membenarkan seorang wanita memfailkan perceraian jika dia melepaskan sebahagian hak-hak kewangannya.

Perkara yang perlu difikirkan…

1. Agama apakah suami dia ni (kadang-kadang ada jugak nama arab tapi tak Islam) ?
2. Kalau Islam, bolehkah bertayammum sebagai ganti mandi dalam keadaan air mudah di perolehi ? Doktor pun kata tak ada kaitan penyakit kulitnya (suami) dengan air.
Ini mesti kes penyegan...
Isteri boleh memohon penceraian melalui kaedah khulu' kalau dia boleh memberi pampasan kepada bekas suaminya.
Kalau suaminya minta pampasan yang bukan-bukan seperti ladang kuda, estet-estet contohnya...yang tak terpampas oleh isterinya cemano?
Pada amnya mahkamah akan lihat pada kedudukan dan kemampuan suami dan isteri dalam menentukan nilai pampasan. Tapi jangan tak tau ada ramai yang takut nak nak ke hadapan kerana tak ada duit nak bayar pampasan, tergantung macam tu saja.........
Dalam kes di atas bolehkah cerai cara ta'alik?
Tak boleh rasanya jika suami tidak melanggar syarat-syarat ta'alik spt tinggalkan isteri lebih dari 3 bulan, tak bagi nafkah atau mencederakan isteri. Jika dalam syarat-syarat taalik ada disebutkan suami mesti mandi dan jika suami tak mandi memang boleh buat permohonan ta'alik
Minta doa banyak-banyak agar Allah menunjukkan jalan yang terbaik. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia(seseorang) mengubah nasibnya sendiri.

Comments