MAJLIS PERLANCARAN BUKU 30K30H DI PWTC. SATU RENUNGAN...

Disertakan sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakamkan sewaktu majlis pelancaran buku saya di PWTC pada bulan April lepas yang disempurnakan oleh Sasterawan Negara Dato. A Samad Said. Antara penulis-penulis yang turut sama adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Omar Arif, Irwan Dahnil, Syahazzly, Mohd Suhaimi & saya sendiri.


Inilah episod kita menempa sejarah. Tak le ada apa-apa sangat tapi sekurang-kurangnya ia memotivasikan kita agar membuat sesuatu luar dari kebiasaan manusia yang lain. Bukanlah glamour yang kita cari tetapi yang lebih penting adalah sumbangan kita kepada masyarakat. Hidup kita ini perlu diketuk agar kita tidak dibuai mimpi sepanjang masa. Selesa dengan keadaan sedia ada.
Saya amat bersetuju moto syarikat penerbit buku saya iaitu True Wealth Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh pakar kewangan Azizi Ali (belum dapat Dato lagi, kalau aktif politik mungkin cepat dapat ). Motonya berbunyi "Life is too short to be ordinary". Maknanya jangka hayat hidup kita ini terlalu singkat, kalau kita tak buat banyak benda rugilah kita sebab kita hidup hanya sekali sahaja. Tak boleh jadi macam orang biasa lain, "Aku perlu lebih dari orang lain". Namun begitu perlu diingat juga, apa benda yang kita buat. Kalau kita buat perkara negatif, hidup ini tidak bermakna kepada kita dan juga kepada orang lain.


Kalau kita mempunyai matlamat dalam kesingkatan hidup ini "aku akan membuat apa sahaja yang memberi kebaikan dan kebajikan kepada orang lain" seperti menyampaikan ilmu sebanyak mungkin sama ada melalui lisan percakapan atau melalui tulisan, membantu orang sebanyak mungkin, bersedekah sebanyak mungkin, menjadi pakar dalam bidang yang diceburi (agar orang lain dapat manfaat) maka ia patut diteruskan.
Percayalah kita perlu berubah. Bagaimana ? Laburkan wang untuk ilmu, hadiri seminar-seminar yang dihadiri oleh orang-orang yang hebat, bacalah banyak buku dalam bidang yang kita ceburi dan jangan berkira untuk melabur untuk ilmu kerana biasanya yang terbaik itu mahal harganya. Korbankan masa dan hobi yang tak bermanfaat atau ubahkan hobi anda agar ia menjurus ke arah yang menjadikan anda hebat.
Wallahua'lam.

Comments

  1. buku ni bagus untuk orang baru mula nak hidup berdikari dan baru mula nak kumpul harta.Cubalah baca tak rugi punye...

    ReplyDelete

Post a Comment