BOLEHKAH KAHWIN DI MALAYSIA GUNA WALI HAKIM ?






Persoalan ini selalu dipersoalkan oleh orang-orang yang nak buka 'cawangan', kenapa perlu pergi ke Thailand untuk berkahwin satu lagi?

Ada 2 masalah yang biasanya akan menghalang pasangan untuk bernikah.

1. Tak nak isteri tua tahu.

Kalau tahu tentu tak bagi kebenaran punya, sebab dalam Malaysia nak kahwin mesti mendapat kebenaran isteri tua terlebih dahulu, kecuali negeri Perlis.

2. Wali kepada wanita juga mungkin tak akan bersetuju.

Ada banyak sebab wali tak bersetuju antaranya mungkin lelaki yang hendak dikahwini anaknya itu tidak sekufu atas sebab tiada pekerjaan, geram kepada anaknya yang menconteng arang ke mukanya (sebab kahwin laki orang), berlainan status (bakal suami penarik beca, bakal isteri golongan bangsawan) dan sebagainya. Biasanya kes-kes anak tak kenang budi ni memang apayah wali nak bagi persetujuan.

Kes macam mana dibolehkan membuat permohonan guna wali hakim ?

1. Tidak ada wali nasab (keturunan).

2. Tak cukup syarat-syarat wali bagi yang akrab (paling dekat dengan perempuan yang nak berkahwin tersebut dan wali ab ad (wali keluarga jauh) pun tak ada juga.

3. Wali yang akrab jauh tempat tinggalnya melebihi 96 kilometer (60) batu.

4. Wali akrab masuk penjara dan tak boleh berhubung dengannya.

5. Wali akrab sedang dalam ihram.

6. Wali akrab bersembunyi diri (tidak mahu menikahkannya)

7. Wali akrab berdegil enggan menikahkannya.

8. Wali akrab hilang dan tidak diketahui hidup atau mati.

9. Wali akrab hendak berkahwin sendiri dengan perempuan tersebut.

Jika terdapat salah satu alasan di atas maka bolehlah seseorang perempuan tersebut membuat permohonan untuk mendapatkan wali hakim di Mahkamah Syariah. Sekiranya Mahkamah berpuas hati barulah mahkamah akan membenarkan menggunakan wali hakim. Ini adalah peraturan di Malaysia.

Bagi item No. 3 Mahkamah akan membuat penyiasatan dan Mahkamah tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan menggunakan wali hakim sekiranya wali ab'ad boleh dihubungi bagi mendapatkan persetujuannya.

Bagi mengelakkan proses yang 'tedious' (rumit) ini sebab itulah pasangan mengambil jalan mudah untuk pergi ke Thailand dan bernikah di sana kerana jarak yang melebihi 2 marhalah membolehkan mereka menggunakan khidmat wali hakim.

Sebagai rumusannya, perlu membuat permohonan di Mahkamah atas alasan di atas dan sekiranya mahkamah berpuas hati dengan bukti-bukti yang ditunjukkan kepada mahkamah maka barulah kebenaran diberikan untuk mendapatkan wali hakim.

Comments

  1. salam..bukti yg di kehendaki mahkamah tu mcm mne ye

    ReplyDelete

Post a Comment