APA MAKSUD HARTA SEPENCARIAN

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan:
“Harta yang diperoleh bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada keda-dua pasangan itu sama-sama bekerja dalam bidang yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak”.
Atau boleh diberi definisi yang lebih jelas:
Harta sepencarian ialah mana-mana harta sama ada harta alih (harta yang bolehdipindahkan seperti wang ringgit, kenderaan dan peralatan rumah) atau harta tidak alih(harta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan rumah) yang diperoleh oleh suami isteri selama perkahwinan mereka.
Harta sepencarian (MATRIMONIAL PROPERTY) merupakan satu peruntukan undang-undang yang berasal daripada Adat Melayu pada asalnya. Disebabkan tidak terdapat apa-apa pertembungan dengan undang-undang syarak, maka diperuntukkan undang-undang untuk harta sepencarian. Jika dikaji kita akan mendapati terdapat keserasian dengan maqasid (matlamat) syarak itu sendiri pada pelaksanaan Matrimonial property ini. Maka di Malaysia MATRIMONIAL PROPERTY telah diterima sebagai salah satu daripada undang-undang Islam.
Harta sepencarian dibenarkan untuk dituntut oleh pada isteri pada dua keadaan;
1) Berlaku perceraian2) Berlaku kematian. Dibahagikan harta sepencarian terlebih dahulu sebelum dibahagikan harta faraid.
HAK-HAK ISTERI APABILA BERCERAI
1) Mutaah2) Nafkah Iddah3) Hadanah4) Nafkah Anak5) Harta sepencarian6) Tunggakan hutang. Jika suami belum melunaskan mahar atau seumpamanya.
DALIL PENSYARIATAN HARTA SEPENCARIAN
Firman Allah Taala di dalam surah An-Nisa’ ayat 32;
وَلا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Comments

  1. Assalamualaikum. saya nak bertanya sekiranya isteri meminta cerai beberapa kali daripada suami... apakah hukumnya.. dan tentang harta sepencarian serta anak, apa yang boleh dilakukan oleh pihak suami untuk mendapatkan jagaan anak serta pembahagian harta sepencarian

    ReplyDelete
  2. Satu blog yang memaparkan konsep harta sepencarian. Teruskan menambahkan maklumat-maklumat mengenai harta sepencarian. Ini kerana minat umum terhadap subjek ini semakin meningkat.

    ReplyDelete
  3. Salam.Sekiranya saya mengahwini seorang duda yg kematian isteri adakah saya berhak mendapat harta sepencarian keatas rumah yg kami diami? Bagaimana pula sekiranya semua hartanya telah dinamakan suami keatas nama anak sedangkan sya tidak mempunyai anak bersama suami. Harap dapat penjelasan.TQ

    ReplyDelete

Post a Comment