Hibah Umra & Ruqba

Hibah Umra (Pemberian Bersandarkan Umur Seseorang)

Umra ni kalau dalam bahasa melayu bermaksud "umur". Ianya ialah pemberian yang digantungkan syaratnya pada umur seseorang.
Contohnya
"Aku bagi rumah ni kepadamu selagi aku hidup"
" Kau tinggallah dirumah tu selagi hayat kamu"

Ada beberapa perkara penting dalam hibah umra :

1. hibah jenis ini dikaitkan dengan tempoh tertentu ianya adalah pemberian tidak mutlak
2. Hibah ini dinggap sah tapi....syarat tidak diterima pakai dalam Mazhab Shafie.

Ianya bersandarkan hadis berikut :

Nabi Muhammad SAW bersabda :
bermaksud "Umra dibenarkan".

Al-Bukhari & Muslim meriwayatkan bahawa Jabir r.a. berkata
" Nabi s.a.w memutuskan bahawa umra adalah hak orang yang dianugerahkan".

Dalam Hadis yang lain
Jabir berkata Rasulullah SAW bersabda
" Jagalah harta kamu dan janganlah kamu merosakkannya. Sesiapa yang mengucapkan umra ia adalah hak orang yang ditujukan umra itu, hidup atau mati dan kepada keturunannya".

Daripada hadis di atas apakah  intipati/ point yang boleh diambil ?
1. Kesan hibah ini ialah penerima hibah menjadi pemilik mutlak tak kiralah sama ada dia mati ataupun tidak. Kalau dia mati maka warisnya akan menerima pemberian tu.

2. Pemberi hibah tidak layak mengambil balik harta yang dihibahkan secara umra walaupun dia mensyaratkan harta itu dipulangkan semula kepadanya sekiranya penerima hibah mati dulu.

Hibah Ruqba ( Pemberian Yang Menunggu Siapa Mati Dulu)

Ruqba berasal dari perkataan Arab ruqub dan taraqqub bermaksud menunggu.

Macam mana tu?

Hibah tu dibuat dalam menyatakan seperti berikut :
" Jika kamu mati sebelum saya, rumah tu akan dikembalikan kepada saya, jika saya mati dulu ia kekal menjadi milik kamu".

Perkara penting dalam ruqba :
1. Masing-masing menunggu siapa mati dulu.
2. Harta akan pulang kepada sesiapa yang masih hidup antara 2 orang tu. Yang hidup lama tu untunglah (kalau ikut hibah cara ni)

Apa kata Mazhab Shafii ?
1. Hibah sah, tetapi syarat tidak terpakai (sama macam hibah umra juga)
Sandaran :
Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda " Umra dibenarkan untuk pemiliknya begitu juga ruqba dibenarkan untuk pemiliknya"

Apa beza hibah umra dan ruqba ?
1. Hibah umra dia sebut siap-siap sampai hayat penerima hibah tu saja.
2. Hibah ruqba dia sebut siap-siap harta tersebut dikembalikan kepada pemberi hibah tu.

Same tapi tak serupe....

Rujukan :  Al-Fiqh Minhaji Jilid 6.

Comments

  1. Abdul Aziz (Singapore)July 15, 2011 at 4:29 AM

    Thank you for the explanation. So it appears that a 'conditional hibbah' is not accepted in the Syafie School. Hibbah must be instantaneous and absolute in the sense that it cannot revert to the donor. Is my understanding correct?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...macamna pulak kalau dua-dua pemberi hibah dan penerima hibah mati pada masa yang sama? harta hibah itu akan menjadi milik sapa?

    ReplyDelete
  3. adakah hibah ini sesuai digunakan pada masa kini

    ReplyDelete

Post a Comment